BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Marquee Text Generator

Wednesday 22 June 2011

IKAN BERGIGI MANUSIA

Subhanallah. Maha Suci Allah. Tiada apa yang mustahil bagi Allah. Perlu diingat, ikan yang pelik dan aneh ini bukan lah dibuat-buat atau diedit oleh photoshop. Tetapi ini merupakan seekor ikan yang sangat luar biasa yang dijumpai oleh sekumpulan saintis tidak lama dahulu. Saintis pun tidak pasti jenis ikan ini dan dari keluarga mana. Kalau orang melayu, senang saje bagi depa nak namakan. Melayu kan kreatif. Panggil je ikan gigi. Takpun ikan gigi kuning. Tengok sahaja lah gigi ikan pelik lagi aneh ini, giginya sangat kuning. Lepas tu berlapis-lapis pulak tu kat dalam. Korang rasa ikan aneh dan pelik ni makan apa eh untuk hidup? Jeng jeng jeng…saja buat suspen. Apa-apa pun, perlu aku ingatkan yang kejadian ikan pelik dan aneh yang mempunyai gigi ini tidak la mustahil bagi Allah untuk menjadikannya. 70% lautan 30% daratan. Binatang kat darat pun kita tak abis jumpa, ni kan lautan yang penuh misteri? Betul tak?

Ikan Aneh Gigi
Ikan Aneh Gigi


Untuk Mengetahui Lebih Lanjut: http://melayukini.net/2010/06/ikan-pelik-dan-aneh-yang-mempunyai-gigi-manusia/#ixzz1Q4xgWY1K

Monday 20 June 2011

apa yang anda RASA tentang CINTA???

Cinta adalah BATEREI untuk menambah kekuatan hati kita 

Cinta adalah KAPAL yang berlayar mengarungi lautan luas, ditengah badai besar, bersama. 

Cinta adalah MAWAR yang wangi dan indah, tapi berduri. 

 Cinta adalah mencari MASALAH karena kadangkala hati merasa hampa. 

 Cinta adalah BEJANA tempat dua hati melebur jadi satu.

 Cinta adalah sesuatu yang membuat setiap WAKTU kehidupan kita bermakna.  

Cinta adalah kebahagiaan hati ketika dekat dengan si dia.

 Cinta adalah kekuatan dahsyat yang bisa sangat rapuh bila kita tidak mengerti satu sama lain.  Cinta adalah AROMA HARUM yang biasa dirasakan hati kita. 
 Cinta adalah sesuatu yang tidak akan tersentuh tanpa adanya kejujuran nyata. 

 Cinta adalah kekuatan MAGNET yang mempertemukan dua hati. 

Cinta adalah GABUNGAN air mata, tawa kebahagiaan, penderitaan dari dua orang yang saling mencintai. 

Cinta adalah JAWABAN yang tidak bisa dijelaskan mengapa kamu jatuh cinta. 

 Cinta adalah MIMPI yang dibagi bersama di masa depan. 

Cinta adalah jika senang hati naik BECAK, meskipun sebenarnya sedang menunggu taxi. 

Cinta adalah MUSIK paling menggema dalam hidup.

 Cinta adalah EMOSI yang dibilang basi. 



Cinta adalah PERASAAN yang membuat kita tersenyum  sendiri, ketika sedang memikirkan si dia.

Cinta adalah OASIS di tengah-tengah padang pasir kehidupan seseorang.

Cinta adalah FENOMENA paling indah yang datang padamu secara tiba-tiba.



PERUMPAMAAN BAGI CINTA....

menarik ni untuk dikongsi.. meh2 tengok .. =)

cinta umpama aiskrim - ia akan menjadi cair apabila dikeluarkan. cair dan lazat bila dinikmati bersama. tetapi ia akan menjadi keras, dan membeku apabila disimpan seorang diri.

cinta umpama graviti - sejauh mana ia jauh terpisah, satu pihak sentiasa sedar kehadiran satu pihak yang lain, dan kedua-duanya akan tertarik antara satu sama lain.

cinta umpama pisau - semakin dalam ia menikam, semakin parah luka yang terhasil.

cinta umpama bermain golf - sekali kamu memukul bola golf, kamu takkan mampu tahu dengan tepat di mana dan bila ia akan jatuh.

cinta umpama bermain video game - makin lama makin asyik, makin ketagih.

cinta umpama panadol - ambil bila perlu, itu pun kalo perut sudah berisi.

cinta umpama rama-rama - bila kejar, ia lari. bila biarkan, ia datang menghampiri.

cinta umpama jus limau - lazat bila diminum, tetapi menyakitkan kalo dititis pada luka.

cinta umpama lampin - ambik biler terdesak, biler dah penuh.. dibuang.

cinta umpama pakaian - kalo tak pakai… malu!!!!


ANDA RASE BETUL KE X???

CINTA UMPAMA MENUNGGU BAS???



Tahukah anda, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang sedang menunggu bas. Bila bas itu datang, anda pandang bas itu dan anda kata pada diri anda, ”Eee.. penuhnya.. tak ada tempat duduk.” Jadi, anda katakan pada diri sendiri, “Saya akan tunggu bas yang lain.” Anda pun biarkan bas itu berlalu dan tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua. Anda tengok bas itu dan anda akan berkata, “Eee… bas ni buruk sangat…  mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, anda pun biarkan bas buruk itu berlalu dan bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.
Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini anda berkata, “Emmm.. tak ada air-cond.. cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.”
Dan sekali lagi anda biarkan bas itu berlalu dan bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru anda perasan yang anda sudah terlambat  rupanya. Anda pun mulai panik dan terus naik bas yang datang pada masa itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah anda sedar bahawa anda menaiki bas yang salah. Jadi, selama ini anda sudah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang anda mahukan.
Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah anda dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tidak terlalu sejuk untuk anda? Jadi, apa yang anda idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya anda dapati “bas” itu tidak sesuai dengan anda, apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan menekan loceng dan turun daripada bas itu.
Tapi, saya pasti anda semua tentu ada pengalaman yang sebegini. Anda nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang anda nanti-nantikan), anda pun tahan bas itu tetapi pemandu bas itu pula buat tidak endah dan pura-pura buat tidak nampak anda dan terus berlalu tinggalkan anda!
Bila ada bas yang lalu melintasi anda seperti itu, apa yang anda akan lakukan ialah dengan BERJALAN!
Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas itu sebab setiap kali, anda akan terjatuh dan menyakiti diri anda sendiri. Jadi, bercinta itu adalah ibarat menunggu bas, sama ada anda hendak naik dan beri peluang pada bas itu, semuanya terpulang pada diri sendiri. Dan apabila anda berjalan, anda sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Saturday 11 June 2011


SYAIR UNTUK KEKASIH

Sayangku,
kenalilah musim hujan yang basah
dan kemarau yang meranggaskan daun-daun kering
di sepanjang hari dalam dua belas purnama
karena cintaku bersemi di dua musim
kenalilah gelisah angin di antara buluh-buluh bambu
yang meliuk ke kanan dan meliuk ke kiri
yang menggemerisik di antara sunyi
karena ada bisikan tentang gelisahku
ketika senja turun di bukit-bukit tak berpenghuni
ada rona yang dilukiskan pada latar langitnya
merah membara dan kadang-kadang lembayung
kenalilah warnanya yang disapukan dari rinduku
sayangku,
malam-malamku adalah catatan tentang cinta
dinginnya menghangatkan dan memberi aroma rasa
aku jejaki purnama yang tenggelam di antara awan
dan aku ingin terbenam bersama cinta yang kau bawa

Apa Yang Lelaki Suka Dan Tak Suka

Lelaki suka:
  • Sikap kelakar
  • Budi pekerti dan kesopanan
  • Murah hati
  • Senyuman manja
  • Pandai memasak
  • Pandai dalam mengenakan pakaian
  • Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
  • Tak mudah naik angin
  • Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
  • Tak terlalu seksi dalam berpakaian
  • “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
  • Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
  • Berwawasan atau bercita-cita tinggi
  • Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
  • Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
  • Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
  • Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
  • Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
  • Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
  • Sikap keibuan
  • Sukakan kanak-kanak
  • Suara lembut tanpa dibuat-buat
  • Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
  • Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
  • Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
  • Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
  • Tahu bersyukur
  • Pandai berjimat-cermat
  • Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal
Lelaki Tak Suka:
  • Wanita yang suka mengumpat
  • Sombong dan bongkak
  • Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
  • Hisap rokok
  • “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
  • Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
  • Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
  • “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
  • “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
  • Wanita yang hipokrit
  • Pembohong dan suka mencari alasan
  • Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
  • Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
  • Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
  • Pengotor dan pemalas
  • Tak bertanggungjawab langsung
  • Tak pandai mengemas
  • Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
  • Kuat berleter walau hal remeh temeh
  • Boros berbelanja
  • Tak tahu memasak
  • Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
  • “Queen Control” atau suka mengarah-arah
  • Tak pandai bergaya atau selekeh
  • Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
  • Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
  • Panas baran
  • Kuat merajuk dan sukar dipujuk
  • Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
  • Tak mahu mengakui kesilapan dan ego

Friday 10 June 2011

Doa pendekat jodoh


 

 Jangan mudah berputus asa kepada sesuatu yang sudah menjadi perkara yang remeh temeh.Ingat,semua yang terjadi ada hikmahnya, ada baik buruknya. Bagi yang beragama Islam, dekati diri kepada Allah S.W.T, perbanyakkan bermohon kepada-Nya agar ditenangkan hati.

p/S : "Jodoh tu di tangan Allah.. buat apa nak risau akan perkara yang sudah ditetapkan-Nya? Pasti yang ditetapkan Allah itu adalah yang terbaik.Pasti! Jadi, perlu ke risau? Pasti di penghujungnya yang terbaik menanti."

lagi TIPS UNTUK MEREKA YANG PUTUS CINTA

Putus cinta tu sakit.Betol ke? Hehe. Sikit atau banyak tetap terasa sakitnya. Ada orang yang merana (cheewaah!) disebabkan putus cinta ni berbulan-bulan malah ada yang bertahun-tahun. Normal la tu. Kita kan manusia biasa je. Ada perasaan. Kalau orang-orang tu lain la, statik je, takde perasaan.


#1 Luah kepada orang yang tersayang




Luahkan & kongsi masalah yang korang hadapi dengan orang-orang yang rapat dengan korang terutamanya keluarga. Ibu adalah pendengar yang setia. Percaya la. Kongsikan dengan rakan-rakan terdekat. Sekurang-kurangnya ada yang mendengar. Meluah dapat mengurangkan tekanan dalam fikiran. Bagi sesiapa yang ada blog tu, boleh luahkan kat blog tapi jangan over sangat. Jangan risau la, pasti ada yang akan memahami, yang akan bagi kata-kata semangat.

#2 Simpan semua pemberian/hadiah




Masa bersama dengan si kekasih dulu, mesti ada hadiah atau barangan yang diterima kan? Hadiah hari jadi, hari-hari biasa pun tetap dapat jugak kan? Tak payah kelentong la, aku tau. Haha. Simpan semua hadiah/barangan yang berkaitan dengan si dia. SEMUA! Jangan biarkan fikiran korang terus hanyut memikirkan si dia setiap kali terlihat apa jua barangan yang berkaitan dengan si dia. Kenapa simpan? Buang terus tak boleh ke? Sebaiknya jangan la dibuang terus. Kita tak tau apa yang akan terjadi nanti kan. Mungkin ada jodoh dengannya. Kalau nanti confirm kahwin dengan orang lain, buang terus je la. Tak payah simpan lagi semua tu. Bina hidup baru dengan insan lain.

#3 Sibukkan diri dengan aktiviti yang positif

Tips yang ni dah banyak dah aku jumpa. Ada benarnya. Sibukkan diri dengan aktiviti kesukaan. Kalau korang suka memancing, pergi lah memancing sepuas-puasnya. Enjoykan diri dengan rakan-rakan. Jangan biarkan perasaan suram tu terus menyelubungi diri. Kalau suka berblogging tu teruskan menulis dengan kerap. Dengan melakukan aktiviti yang kita suka, sedikit sebanyak kita dapat mengalih fikiran kita terhadap benda lain & tidak terlalu memikrkan perkara tu.

#4 Cari kawan yang berlainan jantina




Kalau korang yang putus cinta ni si gadis, berkawan la ramai-ramai dengan si jejaka & begitu lah sebaliknya. Berkawan pun jangan sampai melampaui batasan adab & agama ya? Ingat tu. So, dengan mempunyai kawan yang berlainan jantina, korang kena fikir yang korang masih ada ramai pilihan untuk dijadikan teman hidup. Masih ramai lagi yang sudi mendekati korang. Masih ramai lagi yang lebih baik. Ada paham?

#5 Jangan bersendirian

Kebanyakkan orang yang putus cinta ni suka duduk sorang-sorang, bersendirian, berkurung dalam bilik dan lain-lain lagi yang seumpamanya. Jangan, jangan terlalu mengikut perasaan. Bukannya tak boleh, tapi jangan sampai terpisah dengan dunia luar. Luangkan masa dengan keluarga & kawan-kawan.

#6 Ingat esok masih ada!

Dunia dah berakhirkah kalau si dia tinggalkan korang? Masa depan korang dah hancur kah kalau si dia pilih yang lain? Banyak lagi perkara yang lebih penting untuk korang fokus selain masalah cinta. Ambil peluang setelah putus cinta ni untuk fokus kepada keluarga, kepada pelajaran atau kerjaya! Best tau. Dah takde komitmen, boleh fokus sepenuhnya kepada perkara lain. Bagi yang dah bekerja, boleh kumpul duit banyak-banyak.Haaa

#7 Elakkan dengar lagu sedih

Dah la jiwa tengah kacau, perasaan tak menentu, layan pulak lagu jiwang. Nak masuk dengan jiwa la katakan. Jangan. Kalau macam tu yang sedih makin pedih. Dengar lagu-lagu yang memberi semangat sikit. Lagu-lagu yang memberi harapan & motivasi macam lagu Zamani Slam - Tak Mungkin Berpaling ke (Lagu ni seseorang yang suruh aku layan masa aku..aku..frust..dulu..hehe.. tapi dia sekarang macam dah lupakan aku sejak makin bahagia dengan pakwe dia tu.sob sob)

#8 Kerana dirimu begitu berharga!

Jangan rendah diri kalau ditinggalkan. Ingat, korang ada SATU saja di atas muka bumi ni. Takde korang yang ke-2,ke-3 dan seterusnya. Hargai diri sendiri. Rasakan diri korang ni hebat. Mampu dapat yang lebih baik dari si dia. Dan jangan lupa muhasabahkan diri korang, jangan lupa perbaiki diri agar lebih baik di masa hadapan. Well, if you're hoping for someone better, you deserve to be better first!

#9 Menangis



Ada orang cakap, entah apa-apa nangis sebab putus cinta & bla bla bla. Ada juga yang cakap don't cry over someone that won't cry over you.Ok, for me, menangis tu salah satu cara meluah perasaan. Meluah melalui titisan air mata yang deras mengalir (cheewaahh lagii untuk aku.Macam tuuttt!) Takde la, jangan la menangis sebab si dia, menangis sebab sedih dah la, nangis sebab hati sakit. Jangan ditahan kalau nak nangis tu. Makin ditahan makin tak menentu.Kalau boleh, nangis la di samping orang tersayang. Kalau boleh, nangis kat riba mak.Olololo comeyh!

#10 Bayangkan bakal pasanganmu

Yang ni macam psiko diri sendiri. Kena betol-betol paham apa yang aku cakap kalau nak tips ni berkesan. Ok, korang imajinkan siapa bakal pengganti si dia. Imajin macam mana korang akan bertemu nanti, macam mana kisahnya. Imajinkan si dia yang bakal kahwin dengan korang nanti mesti comel/cute/hensem/baik/penyayang. Mesti korang rasa happy punya! Aku selalu jugak cuba (yang sebenarnya bukan cuba, memang selalu macam ni..psiko betol aku ni) Masa bawak motor sorang-sorang, mula lah start berimajinasi pasal ni nak-nak cuaca redup pula,angin sepoi-sepoi bahasa (cheeee ok cukup.) Imajin siapa yang aku bakal jumpa nanti, mesti dia tu sweet je, baik dan banyak lagi la. Tengok-tengok, aku sendiri yang terkejut sebab aku tengah tersengih tanpa aku sedari. Haaa at least boleh juga happy kan diri kan? ngeh ngeh

#11 Cari pengganti

Tips yang ni aku tak galakkan sangat melainkan korang mencari pengganti tu untuk di jadikan calon isteri/suami. Boleh ke korang nak sayang orang lain dalam keadaan korang yang masih sakit & merana tu? (Cheewaaahh lagi! hehe) Lupakan la pasal couple-couple ni kalau dah putus cinta. Tapi kalau korang boleh jamin yang korang takkan permainkan insan lain semata-mata mahu mengubati hati/membalas dendam akibat putus cinta ni, boleh je cari pengganti. Dah jumpa tu kahwin je terus. Bina hidup sebaiknya. Itu yang terbaik. Tapi jangan jadi playboy/playgirl, terutamanya PLAYBOY. Cukup tak suka dengan playboy. Ingat la yang ni, kalau kita aniaya orang, esok lusa kita yang akan kena balik. Ingat tu ya?

#12 Dengan mengingati Allah S.W.T., hati akan menjadi tenang

Tips ini adalah yang TERPENTING. Teguhkan pegangan agama. Perbanyakkan & pertingkatkan ibadah. Selalu berdoa agar dikurniakan hati yang tenang, diberkati hidup. Perbanyakkan solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat istikharah, solat sunat taubat & solat sunat tahajud. InsyaAllah hidup akan lebih bahagia, lebih tenang. Jangan takut untuk solat sunat istikharah (aku cakap macam ni sebab ada member-member aku cakap dorang takut nak buat) Solat istikharah tu untuk memohon petunjuk dari Allah S.W.T. dan petunjuk itu tak semestinya datag dalam bentuk mimpi, ada yang datang dalam bentuk gerak hati kita dan lain-lain lagi. Ya, aku pernah & selalu buat solat sunat Istikharah ni dan apa yang terjadi itu ada hikmahnya & itu lah yang terbaik.

MENGUBATI SAKITNYA PUTUS CINTA

Ketahuilah bahawa…

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.

Ceria2 selalu….. 



                                                

TIPS PUTUS CINTA

Cinta memang manis & indah bila diakhiri dgn ikatan yg sah. Bagaimana pula dgn cinta yg putus di tengah jalan. Tentu perit utk menghadapinya... apatah lagi bila bekerja di satu pejabat. Mungkin dgn panduan berikut sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan gundah gulana, kepedihan & rasa kecewa yg dialami.

1. Berdamai dgn diri sendiri. Manjakan diri anda ie mandi sauna, urut aromaterapi dsb. Jgn ragu-ragu bersikap egois, menangislah sepuasnya jika itu yg diinginkan. Usah pedulikan komen-komen drpd org lain.

2. Hindari dari membuat keputusan2 besar kerana keadaan anda masih dlm kedukaan dan tentunya masih lagi dipengaruhi emosi.

3. Berbicara dgn org2 yg anda percayai. Drpd mereka anda akan mendapatkan kata-kata bijak yg boleh menghiburkan hati.

4. Keluarlah dgn kawan2 lama yg dapat membuat anda tersenyum, bahkan tertawa lebar.

5. Perbaiki penampilan diri dgn demikian akan akan lebih mempercayai diri.

6. Jgn melarikan diri dgn org lain. Org yg baru putus cinta cenderung ingin cepat-cepat punya kekasih baru utk menepis kesendirian. Kesilapan besar kerana 'pelarian' tersebut bukanlah akan menyembuhkan tapi akan menimbulkan masalah baru.

7. Bermesralah dgn binatang kesayangan spt kucing, arnab dsb. Sedikit sebanyak akan melupakan kepedihan.

8. Menulis surat. Jika anda membenci bekas kekasih.. tulislah semua kebencian anda di sehelai kertas, lalu bakar. Hal ini hanya untuk menyalurkan emosi anda.

9. Jgn ragu memberi 'komplimen' utk diri sendiri. Misalnya jika anda suka bunga, belilah beberapa kuntum bunga & letakkan di mana anda suka. Ganti beberapa hari kemudian dgn bunga lain.

10. Makan tepat pada waktunya. Jgn menjadi kuat makan (emotional eater) kerana berat badan anda akan naik dgn cepat tapi jgn pula hilang selera makan krn anda akan jd tidak bermaya. Makanlah dgn tepat dan sihat.

11. Bersukan. Latihan fizikal selain membuat tubuh sihat dan meningkatkan stamina tapi juga terbukti dapat memperbaiki 'mood'.

12. Lakukan hobi yang anda sukai ie. membaca, menonton tv, berkebun dsb.

13. Jgn 'trauma' oleh cinta. Jatuh cinta tidak datang hanya sekali dlm hidup. Percayalah pada keajaiban cinta.

Petikan: Majalah Aneka Tips.