BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Marquee Text Generator

Monday 20 June 2011

CINTA UMPAMA MENUNGGU BAS???



Tahukah anda, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang sedang menunggu bas. Bila bas itu datang, anda pandang bas itu dan anda kata pada diri anda, ”Eee.. penuhnya.. tak ada tempat duduk.” Jadi, anda katakan pada diri sendiri, “Saya akan tunggu bas yang lain.” Anda pun biarkan bas itu berlalu dan tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua. Anda tengok bas itu dan anda akan berkata, “Eee… bas ni buruk sangat…  mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, anda pun biarkan bas buruk itu berlalu dan bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.
Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini anda berkata, “Emmm.. tak ada air-cond.. cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.”
Dan sekali lagi anda biarkan bas itu berlalu dan bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru anda perasan yang anda sudah terlambat  rupanya. Anda pun mulai panik dan terus naik bas yang datang pada masa itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah anda sedar bahawa anda menaiki bas yang salah. Jadi, selama ini anda sudah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang anda mahukan.
Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah anda dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tidak terlalu sejuk untuk anda? Jadi, apa yang anda idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya anda dapati “bas” itu tidak sesuai dengan anda, apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan menekan loceng dan turun daripada bas itu.
Tapi, saya pasti anda semua tentu ada pengalaman yang sebegini. Anda nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang anda nanti-nantikan), anda pun tahan bas itu tetapi pemandu bas itu pula buat tidak endah dan pura-pura buat tidak nampak anda dan terus berlalu tinggalkan anda!
Bila ada bas yang lalu melintasi anda seperti itu, apa yang anda akan lakukan ialah dengan BERJALAN!
Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas itu sebab setiap kali, anda akan terjatuh dan menyakiti diri anda sendiri. Jadi, bercinta itu adalah ibarat menunggu bas, sama ada anda hendak naik dan beri peluang pada bas itu, semuanya terpulang pada diri sendiri. Dan apabila anda berjalan, anda sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

0 comments: